homestay, Rekreasi

Nasi Beriyani Power

Hari ini kami akan bercerita mengenai Nasi Beriyani Power iaitu salah satu kedai nasi Beriyani yang terkenal di bandar Batu Pahat.

Kedai ini dibuka hampir setiap hari termasuk hari minggu. Ia mula dibuka pada waktu pagi dan tutup pada pukul 5 petang.

Menu Beriyani yang disediakan sangat-sangat sedap dan menjadi salah satu destinasi utama bagi pengunjung bandar Batu Pahat.

Servis yang disediakan juga cekap dan cepat, dan yang paling utama kedai yang bersih.

Restoran ini terletak sangat dekat dengan Homestay Cempaka dan menjadi salah satu tempat cadangan kami kepada para pengunjung homestay.



Gambar diambil dari luar… setiap kali nasi dihidangkan terlupa nak ambil contoh hidangan sebab terus nak makan …😁

Advertisements
Rekreasi, Sejarah

SMK (P) Temenggong Ibrahim

Salah satu sekolah terkenal di Batu Pahat yang terletak berhampiran dengan Homestay Cempaka ialah SMK (P) Temenggong Ibrahim.

Sekolah ini merupakan sekolah perempuan pertama di Batu Pahat. Ia ditubuhkan pada 1938.

 Tapak sekolah ini sebenarnya adalah sebuah tasik yang terletak di antara Jalan Tasek dan Simpang Rantai di Batu Pahat.

Ini hanya gambar hiasan tasik, bukan tapak sekolah TIGS. Bagaimanalah rupanya tasek ni dahulu…?