Panduan untuk Homestay Cempaka

Peraturan Cempaka Homestay

Para tetamu yang dihormati,

1. Sila patuhi masa ‘check-out’ pada 12 tengah hari dan ‘check-in’ pada pukul 2 petang untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan homestay.

2. Sila jaga kebersihan homestay.

3. Dilarang menconteng atau menampal apa-apa pada dinding.

4. Hormati ketenteraman jiran sekeliling. Mohon untuk tidak membuat bising atau memasang TV/muzik terlalu kuat.

5. Sila jaga keselamatan kunci homestay. Caj tambahan sebanyak RM50 akan dikenakan sekiranya kunci hilang.

6. Anda dinasihatkan untuk menjaga keselamatan barangan peribadi. Pihak homestay tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan harta-benda anda. Barang-barang yang tidak dituntut dalam masa 10 hari akan dilupuskan.

7. Anda akan dipertanggungjawabkan atas sebarang kerosakan perabot dan barang-barang homestay.

8. Dilarang merokok atau minum minuman keras di dalam homestay.

9. Barang-barang terlarang dan mudah terbakar adalah tidak dibenarkan sama sekali dibawa ke homestay.

10. Dilarang membawa haiwan peliharaan.

11. Diminta tidak mengambil barang-barang milik homestay tanpa kebenaran.

12. Pihak homestay mempunyai hak untuk meminta penyewa keluar dari homestay sekiranya berlaku perlanggaran terhadap peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Sebarang cadangan dan komen amat dialu-alukan. Anda boleh salurkan kepada kami melalui email cempaka.guesthouse@gmail.com 

Cempaka Homestay Management

Terima kasih.

Advertisements
%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close