homestay, Rekreasi

Nasi Beriyani Power

Hari ini kami akan bercerita mengenai Nasi Beriyani Power iaitu salah satu kedai nasi Beriyani yang terkenal di bandar Batu Pahat.

Kedai ini dibuka hampir setiap hari termasuk hari minggu. Ia mula dibuka pada waktu pagi dan tutup pada pukul 5 petang.

Menu Beriyani yang disediakan sangat-sangat sedap dan menjadi salah satu destinasi utama bagi pengunjung bandar Batu Pahat.

Servis yang disediakan juga cekap dan cepat, dan yang paling utama kedai yang bersih.

Restoran ini terletak sangat dekat dengan Homestay Cempaka dan menjadi salah satu tempat cadangan kami kepada para pengunjung homestay.



Gambar diambil dari luar… setiap kali nasi dihidangkan terlupa nak ambil contoh hidangan sebab terus nak makan …😁

Advertisements
Rekreasi

Tips travel light untuk anda

Satu Beg Sahaja..


Salah satu perkara yang saya lakukan ketika travel ialah setiap orang hanya membawa satu beg sahaja. Beg yang dimaksudkan bukan beg besar tetapi ialah beg 9″ x 21″ x 14″.


 Saiz beg in boleh dimuatkan di kabin di atas kepala penumpang di dalam kapal terbang. Bagi ramai orang, konsep ini sangat radikal. Tapi percayalah, kita boleh melakukannya, dan anda akan rasa gembira dengan kaedah ini. Apabila anda merasai kebebasan bergerak dengan light travel, anda tidak akan kembali ke kaedah lain.

Sebelum anda melakukan perjalanan jauh dengan konsep ini, berikan peluang untuk diri anda membiasakan keadaan. Kemas barang anda dalam satu beg, dan balik ke kampung anda sendiri dengan konsep light travelling, praktis seperti anda seorang pelancong. Anda bebas bergerak ke mana-mana termasuk melakukan window shopping tanpa sebarang had.

Apabila anda sendiri yang membawa beg ini, kebarangkalian untuk ia hilang, rosak atau dicuri adalah lebih rendah. Sekiranya berlaku perubahan masa pesawat, semuanya dapat dihadapi dengan tenang. Beg yang kecil boleh diletakkan juga di bawah tempat duduk anda di dalam bas, teksi dan kapal terbang. Anda tidak perlu risau tentangnya. Apabila tiba di destinasi yang dituju, anda boleh terus turun dan bergerak dengan lancar. 

Bayangkan apabila anda tiba di lapangan terbang, ketika semua orang beratur dan menunggu luggage turun dari perut kapal terbang, anda sudah pun keluar airport dan terus menuju destinasi seterusnya.

Apabila anda turun dari bas ekspress, anda tidak perlu menunggu driver bas membuka pintu bagasi. Anda juga tidak perlu bimbang barang diambil oleh penumpang lain ketika bas berhenti di lokasi lain sebelum destinasi anda tiba.


Malah anda boleh menjimatkan wang dengan light travelling. Sesetengah budget airline mengenakan caj tambahan yang mahal apabila beg anda melebihi muatan yang dibenarkan.

Bagaimana caranya untuk anda memuatkan barang dalam beg yang kecil?

Jawapannya amat mudah: bawa hanya sedikit barang.


Letakkan semua barang yang anda rasa perlukan dulu di atas katil atau di atas meja. Ambil satu persatu dan periksa sama ada anda benar-benar perlukannya.

Jangan mengemas barang anda dengan membayangkan worst-case scenario. Kemas dalam keadaan best-case scenario. Fikirkan apa yang perlu sahaja, bukan apa yang memudahkan anda. Anda tak perlu bawa semua set toiletries. Anda boleh dapatkan berus gigi, colgate, pisau gillete, sabun kecil di mana-mana kedai.

Tidak kira sama anda travel untuk 3 hari atau tiga minggu, kemas barang dalam kuantiti yang sama. Kalau anda melakukan percutian di Malaysia, ia lebih mudah. Hampir setiap bandar, pekan atau kampung kini ada menyediakan kedai laundry self-service. Anda hanya perlu berkunjung selepas beberapa malam, masukkan baju untuk basuh dan keringkannya. Esok pakaian anda telah bersih dan fresh untuk dipakai semula.

Ingat apabila anda melakukan percutian, anda akan berjumpa dengan dua jenis pelancong. Satu kumpulan pelancong yang travel light, satu lagi yang menyesal membawa bagasi-bagasi berat dan berharap mereka juga dapat travel light.

Rekreasi, Sejarah

SMK (P) Temenggong Ibrahim

Salah satu sekolah terkenal di Batu Pahat yang terletak berhampiran dengan Homestay Cempaka ialah SMK (P) Temenggong Ibrahim.

Sekolah ini merupakan sekolah perempuan pertama di Batu Pahat. Ia ditubuhkan pada 1938.

 Tapak sekolah ini sebenarnya adalah sebuah tasik yang terletak di antara Jalan Tasek dan Simpang Rantai di Batu Pahat.

Ini hanya gambar hiasan tasik, bukan tapak sekolah TIGS. Bagaimanalah rupanya tasek ni dahulu…?

Rekreasi

Nan Tandoori terbaik Batu Pahat

Nikmati nan dan tandoori terbaik di Batu Pahat di Restoran Nikmat. Restoran yang bersih dan efisien. Bebas asap rokok. Pasti sesuai membawa keluarga atau anak-anak bersama.

Indulge yourself with the best nan and tandoori at Batu Pahat. Clean premise. Efficient customer service. Smoke free. A convenient place to bring your family or friends together.